Berikut adalah terma dan syarat yang WAJIB DIPATUHI oleh setiap tetamu/penginap HOMESTAY RIZZLYANA :
1. CHECK IN
Masa untuk daftar masuk adalah pada
pukul 2 PETANG.
BOLEH
MASUK AWAL sekiranya tidak ada penginap di homestay dan
juga atas budi bicara pihak homestay kami.
Bagi tetamu yang tiba lewat dari masa
check in yang ditetapkan, anda MESTILAH menghubungi
dan memaklumkan kelewatan anda kepada pihak homestay kami.
2. CHECK OUT
Masa untuk daftar keluar adalah pukul 12 TENGAH HARI.
BOLEH
KELUAR LEWAT selewat-lewatnya pukul 6 petang sekiranya
tidak ada penginap yang akan mendaftar masuk pada hari tersebut dan juga atas
budi bicara pihak homestay kami.
Bayaran balik TIDAK AKAN DIBERI bagi penginap yang mendaftar keluar pada waktu
yang lebih awal.
3. Kunci premis homestay akan
diserahkan semasa check in dan perlu dikembalikan semasa check out. CAJ RM50 akan dikenakan jika berlaku
kehilangan kunci ataupun sebarang kegagalan menyerahkan kunci tersebut semasa
check out.
4. Homestay kami dikhaskan untuk
tetamu beragama ISLAM sahaja bagi
menjaga sensitiviti tetamu/penginap.
5. Sebarang perbuatan yang menyalahi
undang-undang dan bertentangan dengan hukum ISLAM seperti arak, khinzir, penyalahgunaan
dadah, khalwat dengan pasangan yang bukan muhrim dan kegiatan haram lain adalah
DILARANG sama sekali.
6. Membawa masuk binatang peliharaan
adalah DILARANG sama sekali.
7. Perbuatan bising dan kegiatan yang
mengganggu kawasan kejiranan lain adalah DILARANG
sama sekali.
8. Merokok di dalam premis homestay
adalah DILARANG sama sekali. Mohon
kerjasama penginap homestay untuk merokok di luar premis homestay sahaja.
9. Tetamu MESTILAH bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan rumah,
alatan, perabot dan peralatan elektrik yang terdapat di dalam premis ini. Sebarang
kejadian kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa manakala kerosakan
kelengkapan akan dikenakan surcaj.
11. Sekiranya tetamu/penginap GAGAL MEMATUHI peraturan dan syarat
yang diberikan, pihak homestay kami berhak mengarahkan supaya tetamu/penginap
untuk mengosongkan premis homestay dengan serta-merta.
12. Pihak homestay kami tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang melibatkan kehilangan,
kerosakan harta benda masing-masing, kecederaan tubuh badan mahupun kehilangan
nyawa tetamu atau penginap kerana kecuaian atau kelalaian tetamu atau penginap
sendiri ataupun keadaan yang di luar kawalan pihak homestay.
Terima kasih.
Dari pihak pengurusan homestay RIZZLYANA