Wednesday 18 June 2014

Terma dan Syarat


Berikut adalah terma dan syarat yang WAJIB DIPATUHI oleh setiap tetamu/penginap HOMESTAY RIZZLYANA :

1. CHECK IN 
Masa untuk daftar masuk adalah pada pukul 2 PETANG. 
BOLEH MASUK AWAL sekiranya tidak ada penginap di homestay dan juga atas budi bicara pihak homestay kami.
Bagi tetamu yang tiba lewat dari masa check in yang ditetapkan, anda MESTILAH menghubungi dan memaklumkan kelewatan anda kepada pihak homestay kami.
2. CHECK OUT 
Masa untuk daftar keluar adalah pukul 12 TENGAH HARI. 
BOLEH KELUAR LEWAT selewat-lewatnya pukul 6 petang sekiranya tidak ada penginap yang akan mendaftar masuk pada hari tersebut dan juga atas budi bicara pihak homestay kami.
Bayaran balik TIDAK AKAN DIBERI bagi penginap yang mendaftar keluar pada waktu yang lebih awal.
3. Kunci premis homestay akan diserahkan semasa check in dan perlu dikembalikan semasa check out. CAJ RM50 akan dikenakan jika berlaku kehilangan kunci ataupun sebarang kegagalan menyerahkan kunci tersebut semasa check out.
4. Homestay kami dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja bagi menjaga sensitiviti tetamu/penginap.
5. Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan hukum ISLAM seperti arak, khinzir, penyalahgunaan dadah, khalwat dengan pasangan yang bukan muhrim dan kegiatan haram lain adalah DILARANG sama sekali.
6. Membawa masuk binatang peliharaan adalah DILARANG sama sekali. 
7. Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan lain adalah DILARANG sama sekali. 
8. Merokok di dalam premis homestay adalah DILARANG sama sekali. Mohon kerjasama penginap homestay untuk merokok di luar premis homestay sahaja.
9. Tetamu MESTILAH bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan rumah, alatan, perabot dan peralatan elektrik yang terdapat di dalam premis ini. Sebarang kejadian kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa manakala kerosakan kelengkapan akan dikenakan surcaj.
11. Sekiranya tetamu/penginap GAGAL MEMATUHI peraturan dan syarat yang diberikan, pihak homestay kami berhak mengarahkan supaya tetamu/penginap untuk mengosongkan premis homestay dengan serta-merta.
12. Pihak homestay kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang melibatkan kehilangan, kerosakan harta benda masing-masing, kecederaan tubuh badan mahupun kehilangan nyawa tetamu atau penginap kerana kecuaian atau kelalaian tetamu atau penginap sendiri ataupun keadaan yang di luar kawalan pihak homestay.
13. Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi kami di talian 017-2118789 atau emelkan kepada homestayrizzlyana@gmail.com

Terima kasih. 
 Dari pihak pengurusan homestay RIZZLYANA

No comments:

Post a Comment