Sunday 29 June 2014

Selamat Berpuasa dari Kami


Salam Ramadhan Al-Mubarak 
dari kami, homestay RIZZLYANA... :-)

Kami masih beroperasi di bulan ramadhan ini dan segala peralatan untuk anda memasak juadah berbuka puasa mahupun sahur...insyaAllah, kami sediakan secukupnya...hehe 
Btw, bazar ramadhan pun tak jauh dari kediaman homestay kami...
Akhir kata, maaf salah silap kami..
 & Selamat Berpuasa dari Kami... 

#selamatberpuasadarihomestayrizzlyana




Wednesday 18 June 2014

Terma dan Syarat


Berikut adalah terma dan syarat yang WAJIB DIPATUHI oleh setiap tetamu/penginap HOMESTAY RIZZLYANA :

1. CHECK IN 
Masa untuk daftar masuk adalah pada pukul 2 PETANG. 
BOLEH MASUK AWAL sekiranya tidak ada penginap di homestay dan juga atas budi bicara pihak homestay kami.
Bagi tetamu yang tiba lewat dari masa check in yang ditetapkan, anda MESTILAH menghubungi dan memaklumkan kelewatan anda kepada pihak homestay kami.
2. CHECK OUT 
Masa untuk daftar keluar adalah pukul 12 TENGAH HARI. 
BOLEH KELUAR LEWAT selewat-lewatnya pukul 6 petang sekiranya tidak ada penginap yang akan mendaftar masuk pada hari tersebut dan juga atas budi bicara pihak homestay kami.
Bayaran balik TIDAK AKAN DIBERI bagi penginap yang mendaftar keluar pada waktu yang lebih awal.
3. Kunci premis homestay akan diserahkan semasa check in dan perlu dikembalikan semasa check out. CAJ RM50 akan dikenakan jika berlaku kehilangan kunci ataupun sebarang kegagalan menyerahkan kunci tersebut semasa check out.
4. Homestay kami dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja bagi menjaga sensitiviti tetamu/penginap.
5. Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan hukum ISLAM seperti arak, khinzir, penyalahgunaan dadah, khalwat dengan pasangan yang bukan muhrim dan kegiatan haram lain adalah DILARANG sama sekali.
6. Membawa masuk binatang peliharaan adalah DILARANG sama sekali. 
7. Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan lain adalah DILARANG sama sekali. 
8. Merokok di dalam premis homestay adalah DILARANG sama sekali. Mohon kerjasama penginap homestay untuk merokok di luar premis homestay sahaja.
9. Tetamu MESTILAH bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan rumah, alatan, perabot dan peralatan elektrik yang terdapat di dalam premis ini. Sebarang kejadian kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa manakala kerosakan kelengkapan akan dikenakan surcaj.
11. Sekiranya tetamu/penginap GAGAL MEMATUHI peraturan dan syarat yang diberikan, pihak homestay kami berhak mengarahkan supaya tetamu/penginap untuk mengosongkan premis homestay dengan serta-merta.
12. Pihak homestay kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang melibatkan kehilangan, kerosakan harta benda masing-masing, kecederaan tubuh badan mahupun kehilangan nyawa tetamu atau penginap kerana kecuaian atau kelalaian tetamu atau penginap sendiri ataupun keadaan yang di luar kawalan pihak homestay.
13. Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi kami di talian 017-2118789 atau emelkan kepada homestayrizzlyana@gmail.com

Terima kasih. 
 Dari pihak pengurusan homestay RIZZLYANA

Kadar penginapan homestay kami



Homestay RIZZLYANA menawarkan harga yang berpatutan untuk anda semua

KADAR PENGINAPAN UNTUK 1 MALAM = RM240 sahaja

tapi anda tidak perlu risau…hubungi kami terlebih dahulu untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai homestay kami 

 

Tuesday 17 June 2014

Cara Tempahan homestay kami



  • Deposit untuk booking = RM50 untuk 1 malam (deposit juga akan mengikut jumlah malam yang akan ditempah sekiranya lebih dari 1 malam) bagi mengesahkan tempahan anda. Bayaran deposit untuk penginapan hendaklah dijelaskan dalam masa sekurang-kurangnya 3 hari dari tarikh tempahan dibuat.
  • Konsep ‘FIRST COME, FIRST SERVE’ diamalkan oleh pihak homestay kami. Setelah deposit dibuat, barulah pihak homestay kami akan mengesahkan tempahan anda.
  • ‘WALK IN CUSTOMER’ juga akan diterima oleh pihak homestay kami sekiranya tiada penginap yang menginap di homestay kami pada hari tersebut.
  • Baki bagi keseluruhan kos penginapan MESTILAH dibayar semasa check in pada hari tersebut secara TUNAI.
  • Wang deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak anda. Sekiranya pembatalan ingin dibuat, sila beritahu pihak homestay kami dengan kadar segera dan bukannya pada saat-saat akhir.
  • Deposit untuk jaminan = RM50 dibayar semasa check in sebagai jaminan kebersihan dan peralatan homestay kami. Bagaimanapun, wang deposit jaminan tersebut AKAN DIKEMBALIKAN jika tidak terdapat sebarang masalah semasa check out.

Tentang kami




Ciri-ciri kediaman Homestay RIZZLYANA

Sebuah rumah baru yang lengkap dengan perabot dan peralatan asas
3 bilik tidur dengan almari (mempunyai katil dengan kapasiti seramai 7 orang), setiap bilik dilengkapi kipas siling dan lampu tidur
3 buah aircond turut disediakan (1 di ruang tamu,1 di master bedroom & 1 lagi di bilik ketiga)
2 bilik air yang mempunyai shower dan tandas (water heater hanya di bilik air master bedroom shj)
1 ruang tamu yang lengkap dengan sofa, TV LED berserta Astro (Mustika) dan meja kopi
1 ruang makan dan dapur yang dilengkapi meja makan, peti ais, cerek elektrik dan pinggan mangkuk asas dan yang terbaru..microwave oven juga disediakan.. 
peralatan memasak turut disediakan bagi yang ingin memasak..
1 mesin basuh semi-auto juga disediakan.
NEW!! WiFi juga turut disediakan!

Lokasi: Bandar Baru Nilai

Terletak bersebelahan dengan Universiti Sains Islam Malaysia
Hanya 4 minit ke kampus Manipal International University
Hanya 7 minit ke kampus Nilai University
Lebih kurang 10 minit dari Plaza Tol Nilai
Lebih kurang 15 minit ke Pasar Borong Nilai 3 (Pusat Jualan Borong Terbesar di Malaysia)
Lebih kurang 20 minit ke KLIA dan KLIA2

Warm welcome and thank you for visiting RIZZLYANA homestay's blog!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua
Terutama sekali buat bakal tetamu atau penginap homestay kami.

Kediaman homestay kami adalah unit apartment 3 tingkat dan merupakan unit perumahan baru. Ianya terletak di aras bawah dan berdekatan dengan pondok pengawal. Pihak kami menawarkan perkhidmatan ‘guest house’ ataupun homestay yang dikenali sebagai HOMESTAY RIZZLYANA dan telah dilancarkan dan dibuka secara rasminya untuk tempahan pada Jun 2014.
Kami berharap semua tetamu dan penginap homestay RIZZLYANA dapat menikmati pengalaman yang selesa dan bagaikan berada di rumah anda sendiri sewaktu anda menginap di homestay kami.
TQ :)